Friday, July 29, 2011

Rindu BlogKu

Di saat ini....
Betapa rindunya suasana semalam....
Di sini bermulanya kasih-sayang...
Di sini saksi hilai tawaku..
Di sini saksi tangisan batinku...
Di sini juga meningkatnya kematanganku...
Aku rindu suasana dulu bukan bermakna
aku benci suasana sekarang...
Kadang2 teringat2.....sejarah semalam...
Di mana aku diburu pelbagai dugaan...
Rindunya Blog Ku ini....

Tuesday, June 8, 2010

Kasihku hanya untukmu...

Pelbagai onak dan duri kita lalui...
Namun kita tetap berserah pada allah....
Pelbagai tohmahan yang diterima...
Kita sirami dengan taubat dan tawakkal pada allah...
Akhirnya kita dihadiahkan kasih-sayang yang tak bertepi...

Kita kini fahami segala apa yang berlaku hanya
untuk merapatkan kita kembali...
Kasih...Kau dan aku mengerti...
Kita terlalu banyak melakukan kesilapan...
Terlalu banyak membazirkan waktu....

Kini,
Tiap waktu bagaikan emas buatku...
Takkan kubiarkan ianya pergi dengan sia-sia...
Akan ku bina kembali impian yang hampir musnah...
Akan kuperbaiki segala cacat-celanya....

Bersamalah kita bangkit kasih....
Menuju kejayaan...
Menuju syurga kita....
Insya allah.....

Sunday, May 9, 2010

Busy...busy...busy

Wah....bila dapat tahu akan kehadiran orang baru....
Begitu giatnya kami berusaha....Rezeki allah pun datang mencurah-curah...Apapun...
Kesabaran itu hadiahnya kemanisan...kebahagiaan....kegembiraan...tangisan....
Bukan mudah nak menghadapinya....Tapi hanya allah yang lebih mengetahui.

Kalau nak dibandingkan dugaan ku dengan orang lain....
Patutnya bersyukur dengan apa yang dikurniakan.....
Alhamdulillah...kami bahagia....
Semuanya dah kembali ok.....
Semoga semuanya ok selama-lamanya...
Fikiran ku kini tertumpu pada pendidikan anak-anak...
Moga dimurahkan rezeki oleh Yang Maha Kuasa...
Moga tercapai hasrat untuk memberi yang terbaik dalam kehidupan kini...
Amin..

Sunday, April 25, 2010

Moga kita mati di saat kita sedang beriman kepada allah...amin

Padah elak dicekup

KUALA LUMPUR – Tindakan berani seorang penuntut kolej yang cuba melarikan diri daripada dicekup pihak berkuasa mengundang padah apabila dia maut selepas terjatuh dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Selayang Height, awal pagi semalam.

Mangsa yang berusia 21 tahun itu dikatakan terjatuh selepas cuba melarikan diri melalui tingkap salah sebuah rumah di pangsapuri itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.40 pagi, apabila lima anggota Nazir Masjid Majlis Agama Islam Selangor (Mais) membuat pemeriksaan di sebuah rumah selepas menerima aduan berhubung pasangan bukan muhrim bersekedudukan.

Salah seorang daripada kakitangan itu mengetuk pintu, namun tidak dibuka dan mereka menunggu beberapa minit sebelum dibuka seorang wanita.

“Pihak berkuasa memperkenalkan diri dan menunjukkan kad kuasa sebelum melakukan pemeriksaan dalam rumah berkenaan.

“Pada masa sama, penguat kuasa mendapati satu tingkap dalam keadaan terbuka, sebelum melihat ke bawah dan terkejut seorang lelaki kelihatan terbaring dan terperosok dalam longkang,” katanya.

Difahamkan, lelaki itu dikatakan cuba meniti luar tembok bangunan sebelum tergelincir dan terjatuh ke longkang.

Mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah dan mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat, manakala wanita itu diserahkan kepada Mais untuk siasatan lanjut.

Friday, April 23, 2010

Mimpi ngeri jadi nyata

Tapi hari ini tanggal 23/04/2010, jam 8:00pagi,pertengkaran itu berlaku. Dia bertempik dan menghempas2kan apa yang ada di tangannya dan hampir menerkam pada ku. Ya Allah, bagai mahu gugur jantungku melihat tindakannya.


Semakin hari kami semakin jauh....semakin tidak serasi. Mungkinkah amalanku yang tak cukup ini di balas allah??? Aku menangis kesedihan. Dengan mudah dia mahu memohon ampun dariku setelah apa yang telah dilakukannya.... Dia menuduhku dengan pelbagai tohmahan. Ya allah, kenapa berat nya dugaan ini????

Kuatkah aku menghadapinya.....Fikiran ku masih terbayangkan akan peristiwa itu....Aku hanya mampu mengalirkan air mataku....menahan pedih dan pilu hati ini. Biarkan...biarkan peristiwa ini menjadi kenangan pahit buatku.....

Moga allah murahkan rezekiku.....agar aku jua dapat berdikari meneruskan kehidupan...ku.....

Friday, March 26, 2010

Aku Kecewa

Hidup kekadang kurasakan tiada keadilan....
Untuk ku berpaut pada ranting yang rapuh...
Bimbang aku kan tersungkur...
Hendak ku berpaut pada dahan yang kukuh....
Aku terseksa....
Aku diseksa...
Aku derita...

Tak adil....memang tak adil!!!
Aku berjalan melawan arus....
Amat payah....
Arus itu amat deras melenyekkan aku...
Aku ditolak...
Aku dicampakkan di arus derita....

Aku tak terdaya...
Aku kecewa...
Aku tiada siapa untuk ku sandarkan...
Lemah kakiku nak berdiri sendiri...
Mungkin aku ditakdirkan begini...
Aku hilang kepercayaan...
Aku hilang pertimbangan.....

Aku mahu mati!!!!
Aku mahu mati!!!!
Aku mahu mati!!!!

Arrghhhhhhhhhhhh!!!!!!.....

Wednesday, February 17, 2010

Kecetekanku...

Macam-macam yang berlaku dalam roda kehidupanku..
Mungkinkah ini masanya untukku bingkas bangun???
Terlalu banyak implikasi yang telah pun berlaku
Aku yang lemah...
Ceteknya ilmu tentang kehidupan...
Ahhh...betapa ruginya si cetek ilmu seperti ku...
Aku harus melangkah...
Ku berharap langkahku tidak salah...
Biarlah aku dapat menggapai bintang yang kuimpikan selama ini..
Aku buntu...
Aku tak tau pada siapa untuk ku adukan...
Hendak ku adu padanya yang tersayang...
Aku tak sanggup nak menyusahkan hatinya...
Hanya pada allah ku berserah...

Sunday, February 14, 2010

Sahabat yang ku kasihi.....

Usaha dan usaha kulakukan...
Bagi memajukan diri...
Tapi dugaan jua tak henti-henti datang menyinggah...
Ku diduga dengan persahabatan yang tak setia...
Dia mengambil kesempatan atasku...
Sedih memang pilu rasa hatiku...
Tapi sahabat,
Kenangan kita berdua tak dapat ku lupa...
Di waktu aku meratap dan merintih dengan ujian kehidupan...
Di waktu aku diketepikan...
Kau tidak pernah jauh dariku...
Kau tidak jemu-jemu menasihatiku...
Hingga dunia ini kembali ceria dengan kehadiran mu...
Hingga kita dicemburui kerana keakrabannya persahabatan kita...
Tapi Sahabat...
Kenapa kau berpaling tadah....
Kenapa aku kau keji dan caci di belakangku...
Kenapa kau pergi melarikan diri setelah kau rampas segalanya..
Ohhh....Pedih!!! Amat pedih situasi ini kurasakan...
Ya allah pedihnya selumbar ini......
Mencalarkan lagi hati ini...
Kau yang berjaya mengembalikan keceriaan hidupku...
Kini melukakan hatiku lagi....

Ya allah, Mengapa tidak hentinya dugaan mu padaku...
Mungkinkah ini kelemahan ku???
Menyayangi sahabat yang kuanggap seperti kakakku...
Mempercayai nya sepenuh hatiku...
Hingga kunafikan umpatan orang lain terhadapnya....
Tapi Akhirnya.....
Inilah yang kuterima....

Tabah....Sabar....Redha....Pasrah...
Itulah yang kuikrarkan dalam hatiku...
Moga sahabat2 yang amat ku sayang....
Kau dikurniakan keimanan dan ketaqwaan...
Kau di rahmati allah....
Aku tetap menyayangi semua sahabat2ku....
Dunia & akhirat....

Wednesday, January 20, 2010

Cinta Sejati

Cinta sesama insan
hadir sesuka hati...
bisa buat ku menangis...
bisa buatku tertawa sendirian...
bisa buatku tersenyum
bisa meredakan jiwaku yang sunyi...
bisa membuatkan aku berkeyakinan...
Tapi ia amat pedih...
Bila cinta itu terhalang...
Bila Cinta itu tidak patut berlaku...
Bila Cinta itu mengkhayalkan...
Bila Cinta itu merosakkan...
Bila Cinta itu menyiksakan
Bila Cinta itu menyedihkan...

Aku mencari cinta yang sejati...
Cinta yang halal untukku...
Kurniaan dari Illahi.....
Ya allah...Lupakan aku pada cinta2 nafsu itu...
Biarlah Kasihmu melebihi segala-galanya.. Ya allah...

Friday, January 15, 2010

Apa silapku lagi....

Mungkin Ini dugaan lagi dari allah.....
Tawar hatiku setawar kolam air tawar...
Aku telah usahakan sehabis baik....
Aku telah cuba menunaikan segala tanggungjawabku sebaik mungkin...
Namun kita sukar lagi memahami antara kita...
Kita diduga dengan pelbagai cara ....
Aku hampir putus asa....
Aku tiada siapa bila kau pergi tinggalkan aku....
Aku pilu...
Aku sayu...
Aku hampa...
Aku kecewa...
Terkadang terasa bagai kita tak serasi bersama lagi....
Tapi aku semakin berharap pada rahmat allah....
Biar kasihku hanya bertepuk sebelah tangan...
Aku hanya mampu merintih kepada Allah....
Aku hanya mampu menangis pabila menghadap Allah...
Bagi mengubati luka hatiku.
Aku hanya mampu pasrah....
Aku hanya mampu bertawakal.....